Gambar Perhimpunan Depan Balai Polis Jinjang

on Thursday 23 May 2013



Gambar Perhimpunan Depan Balai Polis Jinjang-Video pertama menunjukkan bagaimana polis menjalankan tugas mereka dan video kedua menunjukkan aktiviti seni di sekitar lokap Jinjang malam tadi.




Polis dilaporkan telah menahan 18 orang daripada mereka yang telah berkumpul di hadapan balai polis Jinjang malam ini untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis pelajar Adam Adli.



Dipercayai 18 orang yang ditangkap sewaktu program nyalaan lilin malam ini terdiri daripada 14 lelaki, termasuk Peter Chong yang merupakan pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa serta empat orang wanita.



Setelah kejadian tersebut rakyat kembali berkumpul di perkarangan lokap Jinjang Utara dan meneruskan demonstrasi aman. Sebelum itu Dr Dzulkifli mewakili pimpin PR berunding dgn polis untuk memboleh wakil pimpinan dan peguam melawat mereka yang ditahan.



Perbingcangan itu mencapai kata sepakat dengan polis membenarkan tiga pimpinan PR dan tiga peguam untuk menemui 18 tahanan tersebut tetapi di saat akhir polis hanya membenarkan seorang pemimpin dan seorang peguam sahaja menemui mereka.



Mereka yang ditahan terdiri daripada 15 orang berketurunan cina dan tiga berketurunan melayu.



Turut ditahan ialah Kenny Teh (gambar kiri) yang turut cedera di mulut dipercayai akibat pergelutan dengan polis. Kenny dilaporkan ditangkap ketika bersama rakan-rakan menyalakan lilin sebagai menyatakan sokongan kepada Adam Adli.



Satu sumber lain menyatakan bahawa Kenny Yeh tidak ditangkap tetapi mengalami kecederaan kerana cuba menghalang polis daripada menangkap seorang demonstran berketurunan melayu.



Manakala seorang lagi wanita yang ditahan tidak dapat dipastikan identitinya (gambar kanan)



Seorang lelaki dan wanita yang tidak ada kena mengena dengan Adam Adli. Tiada pertalian darah dan tiada pertalian persahabatan tetapi sanggup menanggung risiko demi menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap penangkapan Adam Adli.
This is Malaysia!!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© mediarakyat All Rights Reserved