Live Streaming Johor DT vs Lions XII

on Tuesday 28 January 2014

Live streaming Johor DT vs Perak pada malam ini iaitu 28 Januari 2013. 

Barisan pemain Johor Darul Ta'zim: 
Norazlan Razali (GK), Baihakki Khaizan, Aidil Zafuan, Shafiq Rahim, Pablo Aimar, Nurul Azwan Roya, Shakir Shaari, Amri Yahya, Mahali Jasuli, Luciano Figueroa , Mohd Fazly Mazlan

Simpanan: Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Amirul Hadi, Hariss Harun, Nazrin Nawi, Al Hafiz Hamzah, Fadhli Shas.




Mesej Menyedihkan Terakhir Ayah Kepada Seorang Anak di Facebook

on Monday 27 January 2014




SEDIH...!SEDIH..!SEDIH..!

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,

“Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah tak minta banyak…
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya.”

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

~~~Hargai orang tua kita selama dia masih hidup...kadang kala kita terlalu sibuk dengan kerja...sampaikan kita lupa akan dia yg membesarkan kita...memberi pendidikan utk kita bekerja..mengajar kita berjalan utk bekerja..
JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTIMANA KITA MELUPAKAN IBUBAPA KITA

SHARE DENGAN KAWAN DAN ANAK KITA...

[ Hiburan ] Pelakon Nasir Bilal Khan Buka Mulut

[ Hiburan ] Pelakon Nasir Bilal Khan Buka Mulut



Nasir Bilal Khan, pelakon Tanah Kubur, artis, hiburan,

Nasir Bilal Khan kini amat popular setelah wataknya dalam tanah kubur betul-betul menusuk kalbu dan amat berkesan.


Ini menyebabkan watak Tok Adi (dalam Tanah Kubur) sering menjadi parodi terutama pelawak-pelawak seperti Nabil, Sharol Shiro dan Jep Sepahtu.

Melalui Malaysian Digest, Nasir Bilal Khan berkata beliau sedikit pun tidak terasa dan terkilan jika wataknya dan suaranya diparodi. Walau dihina atau dikutuk sekalipun Nasir berkata beliau langsung tidak kisah.

Memang cool Nasir Bilal Khan ini. Ketika diusia 54 tahun ini, Nasir Bilal Khan merupakan antara pelakon terbaik di Malaysia bagi saya walaupun tidak begitu popular. 

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Gempar!! Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan Arabian Gulf!



Gempar!! Makhluk Ganjil Gergasi Ditemui Di Perairan Arabian Gulf!

Makhluk ini ditemui oleh tentera laut Iran dan cuba anda lihat sendiri makhluk ini. Mesti sukar untuk anda menekanya.







SINARHARIAN ON9
- See more at: http://sinarharian-on9.blogspot.com/2014/01/gempar-makhluk-ganjil-gergasi-ditemui.html#sthash.FGtORc4x.dpuf

Hukum Doktor Lelaki Merawat Pesakit Perempuan

on Sunday 26 January 2014

Hukum Doktor Lelaki Merawat Pesakit Perempuan

 Hukum Doktor Lelaki Merawat Pesakit Perempuan
apakah hukumnya seorang doktor lelaki merawat wanita seperti wanita ingin bersalin beliau merawat dan ada juga yang melihat dan memegang kemaluan pesakit wanita adakah ia dibolehkan atau haram? mohon ustaz dapat jelaskan
jawapan penuh dibawah

VIDEO PERTAMA MENYEBABKAN MIA SARA POPULAR

on Tuesday 21 January 2014

Video pertama Mia Sara umur 2 Tahun..nama penuh Mia ialah Mia Sara Nasuha binti Muhammad Ridhuan. Budak perempuan comel ini lahir pada 30 September 2005

[MENAKJUBKAN] Lelaki Ini Cuci 50 Pinggan Dalam 10 Saat

Seorang lelaki di China mampu membersihkan 50 pinggan hanya dalam 10 saat.

Dengan buih di tangan, pencuci pinggan menggosok pinggan sebelum dibilas di wastafel. Hanya dalam masa beberapa saat, tumpukan pinggan kotor telah di cuci dan siap dibilas di wastafel. 

Jom saksikan Video menarik ini : 




 
© mediarakyat All Rights Reserved