ASHRAF MUSLIM MENGAKU NIKAH WAN SAKINAH DI THAILAND

on Thursday 18 July 2013

Pelakon dan juga pengamal perubatan Islam, Mohd. Ashraf Muslim, sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada Ahad lalu.
Menurut laporan portal Mstar Online, Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan Ashraf menarik balik permohonannya untuk berpoligami yang difailkan pada pagi Rabu selepas dia mengaku telah bernikah dengan wanita tersebut.
Dimana, pengesahan itu membuktikan khabar angin mengenai hubungan Ashraf dengan individu tersebut adalah benar walaupun pelakon itu pernah menafikan hubungan mereka sebelum ini.
Dalam pada itu, Ashraf turut memiliki isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman, yang juga anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah di Setiawangsa .
Untuk makluman, pasangan Ashraf dan Dayana,sebelum ini telah bernikah di Mekah pada 30 Ogos 2011 dan tidak memiliki zuriat.
Berikutan pengakuan Ashraf itu, mahkamah memerintahkannya membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada Noor Dayana.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© mediarakyat All Rights Reserved