Abby Abadi Kahwin Baru Dengan Farhan (8 Gambar)

on Sunday 21 July 2013

Abby Abadi telah membuat kejutan apabila mengakui yang dia telah pun berkahwin dengan seorang pemuda yang 12 tahun lebih muda darinya, Farhan pada 9 Julai lalu.
abby-abadi-kahwin

Abby Abadiyang kini berusia 36, telah bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar setelah 5 tahun hidup menjanda dan perkenalan mereka hanya berlaku dalam masa yang singkat iaitu selama 2 minggu.
Abby menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan adalah tidak dijangka dan pertemuan mereka bermula hanya selepas bertentang mata di sebuah pasar raya.
Abby dan suaminya, Farhan bercadang akan mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada 31 Ogos depan dan majlis di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu.
Bagaimanapun, lokasi masih belum ditetapkan lagi.
abby-abadi-kahwin
Abby Abadi sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim,5.
abby-abadi-kahwin
abby-abadi-kahwin
abby-abadi-kahwin
abby-abadi-kahwin
abby-abadi-kahwin
abby-abadi-kahwin

Semoga jodoh Abby Abadi dan Farhan kekal sehingga ke akhir hayat.
Aamiin (Abby Abadi Kahwin Baru Dengan Farhan).
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© mediarakyat All Rights Reserved