Akibat Nak Sangat Berdating...[PANAS]

on Tuesday 30 July 2013


Berkali-kali nadia berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik pe? nadia bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... nadia berbangga pun sendiri.

Selama ini pun nadia acapkali mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. nadia tahu itu. nadia faham itu. nadia senang begitu! Cuma mujurlah nadia tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan nadia. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, nadia bolayan terus.Apa klasss diorang tue?

Namun demikian setelah kehadiran amran teman sepejabat dengannya, pegangan hidup nadia mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada amran sengihnya melebar, nampak gusi. Keramahan sapaan nadia kepada amran terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi nadia tak peduli itu semua. Targetnya hanya satu, Amran!

Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua nadia buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada nadia dia yakin sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan, Amran jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk amran ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun sangat-sangat nadia pasti!
 
 "Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I nak ajak dinner!!" begitu lama nadia ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari amran yang selama ini tak pernah lepas dari benak nadia. Bagaimana mesti nadia jawab, kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.
 
Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama, nadia bersiap habis. Dadanya tak berhenti-henti. dug-dag-dug- dag .menantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu.Amran! Amran! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis nadia. Dan apabila deru kereta amran memasuki laman rumah sewanya, nadia laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.
Amran tersengih segak menanti, sedang nadia buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum nadia terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Amran. Cuma sayang senyum nadia itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya.
 
Wajah nadia cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, nadia tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta amran yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali nadia berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa amran di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu i kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli i !!!!..."
Pelan-pelan nadia meraba hidungnya......menunduk malu..

Moral of the story  : Mana ada manusia yang sempurna?
...............tapi......
...JANGAN LER BIARKAN BULU HIDUNG ANDA "ber"PANJANG"an"....hehehehe

p/s : semua gambar adalah sekadar gambar hiasan.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© mediarakyat All Rights Reserved