Punca Sebenar Wan Nor Azlin Halau Bapa Hingga Disaman

on Saturday 1 June 2013


Pelakon drama, Wan Nor Azlin memohon Mahkamah Tinggi di sini mengetepikan tuntutan saman difailkan oleh bapanya bagi mendapatkan perintah pengosongan sebuah rumah di Taman Sri Keramat yang merupakan harta sepencarian bersama arwah ibunya.


Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim, 76, telah memfailkan saman terhadap Wan Nor Azlin, 45, pada 5 Februari lalu dengan mendakwa, anaknya itu menghalangnya menjual hartanah dan enggan keluar dari rumah tersebut.
ps 01.3 Punca Sebenar Wan Nor Azlin Halau Bapa Hingga Disaman

Wan Nor Azlin yang pernah menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Sri Angkasa 2001 menerusi drama Takbir Untuk Abdah itu pula, telah memfailkan permohonan pada 20 Mac lalu untuk mengetepikan saman berkenaan.
Ini kerana pelakon itu yang diwakili peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz menyatakan, mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa ke atasnya memandangkan terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya itu.
Nuraini Atiqah memberitahu pemberita, Hakim Rosilah Yop menetapkan 31 Mei ini untuk memutuskan permohonan Wan Nor Azlin yang dinamakan sebagai pihak defendan.

ps 01.2 Punca Sebenar Wan Nor Azlin Halau Bapa Hingga Disaman
WAN memberitahu apa yang penting sekarang ialah anak-anaknya
Menurut beliau, tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes hari ini dengan kehadiran peguam Razila Rashid mewakili Wan Mohd. Husain selaku pihak plaintif.
Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, dia telah mengajak defendan tinggal bersama selepas isterinya meninggal dunia dan sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah meminta anaknya itu membuat sebarang bayaran bil utiliti atau sewa bulanan.

wannorazlinoknajysn5 Punca Sebenar Wan Nor Azlin Halau Bapa Hingga Disaman
Pada pertengahan 2011, plaintif memberitahu defendan yang dia ingin menjual rumah tersebut dan mahu hartanah itu dikosongkan tetapi defendan enggan keluar dengan alasan telah memasang kabinet dapur dan almari pakaian.
Wan Mohd. Husain mendakwa, anaknya turut mengoyakkan iklan yang ditampal dan mengganggu bakal pembeli yang datang melihat rumah itu.
Pelakon itu juga dakwa bapanya, telah memasukkan kaveat (sekatan) persendirian pertama pada 12 Oktober 2011.
Menurut plaintif, dia kemudian telah menandatangani satu perjanjian jual beli dengan pihak ketiga pada 31 Oktober 2012.

8292008 wan(a) Punca Sebenar Wan Nor Azlin Halau Bapa Hingga Disaman

Namun sehingga hari ini, dakwa plaintif, Wan Nor Azlin enggan mematuhi surat tuntutan yang dikeluarkan pada 30 Disember 2012 dan masih menduduki hartanah tersebut.
Plaintif menyatakan, defendan pada 16 Januari 2013 telah mengarahkan supaya kaveat persendirian bagi kali kedua dimasukkan walhal anaknya itu tiada locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk berbuat demikian.

Tindakan defendan itu menurut plaintif telah menyebabkan dia tidak menikmati hak sebagai pemilik berdaftar dan mengalami kerugian selain terpaksa menanggung kos pemotongan kaveat.
Plaintif mendakwa, anaknya turut menghalangnya tinggal di rumah teres satu tingkat itu misalnya dengan menukar kunci pintu utama dan membuang kelengkapan sedia ada.

aa7 Punca Sebenar Wan Nor Azlin Halau Bapa Hingga Disaman

Disebabkan berasa keselamatannya terancam, menurut plaintif, dia telah membuat laporan polis pada 31 Mac tahun lalu akibat trauma setelah mendakwa dimarahi dan dipukul sehingga terpaksa menyewa rumah lain.

Plaintif sehubungan itu antaranya memohon perintah untuk mendapatkan milikan kosong ke atas hartanah dan membatalkan kaveat persendirian oleh anaknya itu serta ganti rugi.
Wan Nor Azlin merupakan ibu kepada tiga anak, Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8, hasil perkongsian hidupnya dengan peguam, Mohd. Yazli Yaakob.

Update : Gagal batalkan saman bapa

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan pelakon drama, Wan Nor Azlin untuk membatalkan saman bapanya, Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim yang memohon perintah supaya mengosongkan rumah harta sepencarian bersama arwah ibunya di Sri Keramat di sini.
Hakim Rosilah Yop menolak permohonan Wan Nor Azlin dengan kos sebanyak RM2,000 dalam kamar beliau di sini semalam.
Peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, dan Razila Rashid bagi pihak Wan Mohd. Husain, 76, hadir mendengar keputusan itu.
Sementara itu Nuraini ketika ditemui berkata, mahkamah membuat keputusannya selepas memutuskan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes saman itu.
Dalam permohonannya untuk membatalkan saman difailkan Wan Mohd. Husain pada 20 Mac lalu, Wan Nor Azlin berkata, mahkamah tiada bidang kuasa ke atasnya kerana terdapat perintah injunksi ex-parte (sebelah pihak) daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung tuntutan bapanya.


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© mediarakyat All Rights Reserved