"Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya.
 
"Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham," kata Didie yang sudah lima tahun berkahwin dengan Norisham.
 
Dalam pada itu, Didie enggan berharap mengenai jantina bayi yang dikandungnya dan menyerahkan segala-galanya kepada rezeki yang diberikan Tuhan.