Ikan Piranha Makan Manusia Yang Mengerikan (5 Gambar)

on Wednesday, 31 July 2013

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai spesis ikan piranha yang ganas dan memakan apa saja lalu di hadapan mata ia termasuklah manusia seperti dalam filem-filem Piranha daripada tahun 1960-an lagi.



Haiwan yang mempunyai muka yang garang dan gigi yang tajam serta taring yang panjang memudahkan ia untuk membaham dan meratah mangsa di dalam air dan permukaan air.



Kita lihat gambar-gambar selepas serangan ikan Piranha ini dan keadaannya agak sadis dan mengerikan. Untuk yang lemah semangat dinasihatkan jangan lihat gambar yang seterusnya ya!



Tapi terpulang pada anda sendiri untuk menilai gambar di atas ini sama ada ianya adalah benar daripada serangan ikan piranha atau sekadar prop untuk filem Piranha di Hollywood. Maklum sajalah filem Piranha cukup laku di pawagam apabila ditayangkan. Hoh!

Gadis Persembahkan Tarian iPad Bergantung Dalam Keretapi Bawah Tanah (Gambar & Video)

Tarian iPad yang dipersembahkan oleh seorang gadis di dalam keretapi bawah tanah mengejutkan penumpang-penumpang lain yang berada di dalam Subway Shanghai. Gadis merupakan seorang wanita muda yang cantik dan berpakaian seperti ballerina (penari ballet) berwarna pink.


Penumpang di dalam keretapi bawah tanah tersebut bukan sahaja terkejut, tetapi ada yang 'mencuci mata' melihat persembahan gadis tersebut. Adakah ini salah satu iklan premium dari pihak Apple untuk mempromosikan gajet terbaru iPad Mini? Rasa-rasa tidak.


Video tarian iPad oleh gadis cantik dan seksi ini telah mendatangkan perbincangan yang hangat di dalam web terutamanya di laman web negara China. Lihat video dan gambar tarian iPad ini!


VIDEO GADIS TARIAN IPAD BERGANTUNG 

Ngeri : Gambar Kemalangan Maut Melibatkan Pemain Hoki Negara, Chua Boon Huat


Takziah admin ucapkan kepada keluarga mangsa.


Melalui komen yang diperolehi laman facebook yang mengongsikan berita sedih ini, Analisis Politik Terkini (KLIK SINI), mangsa dikatakan terlibat dalam kemalangan jalanraya sekitar jam 3 pagi tadi.

Mengikut maklumat twitter dari harian metro,  chua boon huat, 33, maut dalam kemalangan selepas keretanya melanggar sebuah lori di LDP dekat kelana jaya.

Di bawah ini, admin sertakan screenshot dari halaman yang dimaksudkan;

Video Kejadian Pengasas Ambank Maut Di Tembak

on Tuesday, 30 July 2013


Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dipercayai mempunyai kaitan dengan tuntutan wang berjumlah RM300,000 antara pihak beliau dengan sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur.
 
Sumber memberitahu, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan. “Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu. 

“Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil,” katanya. Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa.
 
Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35 ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian. Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger. 

Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan. Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang. “Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan,” katanya.

KUALA LUMPUR - Anak lelaki pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi terkejut dengan pembunuhan bapanya di sini hari ini. "Saya terkejut apabila mendengar tentang kejadian bunuh itu, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan pada waktu siang di Kuala Lumpur," Pascal Najadi kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi telefon dari Eropah. Sehubungan itu, Pascal, 45, pemegang kerakyatan dua negara iaitu Switzerland dan British, menggesa pihak berkuasa Malaysia mengambil tindakan sewajarnya bagi menahan individu yang terlibat dalam pembunuhan bapanya serta mengheret mereka ke muka pengadilan. Pascal, yang turut menceburi bidang perbankan, berkata ironinya adalah Hussain Ahmad dibunuh di Malaysia, negara yang amat disayanginya dan dianggap sebagai tanah tumpah darah beliau selama lebih empat dekad. Hussain Ahmad, 75, maut manakala isterinya yang berusia 49 tahun cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon pada 2 petang. Mangsa terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta peha kanan. Siasatan awal polis mendapati seorang lelaki bersenjata merupakan antara tiga individu yang menunggu Hussain Ahmad di luar tokong berkenaan, yang dikatakan ke situ untuk bertemu rakannya bagi membincangkan urusan jual beli saham. Pascal berkata beliau mengetahui tragedi yang menimpa bapanya beberapa jam selepas kejadian selain menerima panggilan daripada polis Malaysia berhubung pembunuhan itu. Hussain Ahmad mengasaskan Kumpulan Perbankan Arab Malaysian pada 1975 sebelum ia bertukar tangan pada 1982 dan dikenali sebagai Arab Malaysian Bank atau Ambank. - Sinar Harian

Tangisan seorang lelaki kerana takut dimarahi isteri

Kereta yang digunakan suspek diperiksa anggota polis.
KULIM - Seorang pengawal keselamatan menangis meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isterinya selepas ditahan akibat mengambil dadah dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar jalan Sungai Ular menghala ke Taman Seri Mahkota.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek berusia 20 tahun itu dilihat memotong kenderaan awam dipandu polis.

"Apabila tiba di kawasan perindustrian Sungai Ular, tiga kenderaan polis berhenti di tepi jalan. Bagaimanapun, polis curiga kerana kenderaan dipandu suspek turut berhenti dan memasang lampu kecemasan.

“Apabila kenderaan polis mula bergerak, suspek dilihat memecut laju ke arah kilang lama. Curiga dengan keadaan suspek, polis memburunya. Dalam usaha melarikan diri, suspek gagal berhenti di enam lampu isyarat," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, apabila tiba di simpang tiga jalan Kilang Lama, polis memintas kereta suspek yang cuba mengundurkan keretanya bagaimanapun dihalang oleh van polis yang ada di belakangnya.

Katanya, dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui plastik lut sinar dipercayai bekas menyimpan dadah. Selain itu, beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut ditemui di dalam beg di bahagian belakang kereta suspek.

"Suspek menyatakan semua peralatan serta bungkusan dadah yang sudah dihisap itu dimiliki abangnya. Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis mendapati suspek positif dadah dan akan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.

"Ketika kenyataan diambil, suspek menangis dan meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isteri yang baru dinikahinya tujuh bulan lalu. Menurut suspek, isterinya memberi amaran supaya jangan menghisap dadah," katanya.

Sinar Harian

Semakan Senarai Nama Terkini PLKN 2014 [Secara Online dan SMS]

Semakan Senarai Nama Terkini PLKN 2014 | Online dan SMS | Kepada calon-calon Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tahun 2014 anda boleh membuat semakan bagi mengetahui sama ada anda layak mengikuti PLKN siri 11 tahun 2014 selewat-lewatnya pada bulan Julai 2013 nanti.

Semakan Senarai Nama Terkini PLKN 2014 - Online dan SMS

Untuk mengetahui perkembangan semasa berkaitan PLKN Siri 11/2014, anda dinasihatkan melayari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara di http://www.khidmatnegara.gov.my/.
Calon-calon yang berjaya mendapat tempat untuk mengikuti kursus Latihan Khidmat Negara akan ditempatkan di beberapa lokasi kem penempatan PLKN  yang telah ditetapkan di setiap negeri.untuk rekod,terdapat beberapa fasa atau siri pengambilan peserta PLKN dalam setahun. 


Semakan Online Dan SMS Senarai Nama PLKN 2014
Objektif Dan Matlamat PLKN


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

Pengumuman Terkini

Tarikh Semakan Calon PLKN 2014


Semakan PLKN Siri 11 Tahun 2014 bagi remaja yang lahir pada 1996 boleh disemak mulai 25 Julai 2013 (Khamis) melalui laman web www.khidmatnegara.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas di PLKN SEMAK nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Calon PLKN 2014

Calon yang tersenarai dan terpilih untuk mengikuti sesi latihan PLKN akan mengikuti latihan mulai Januari 2014. Pemilihan adalah berdasarkan prestasi pelajar dan juga dipilih secara rawak.

Semakan Senarai Nama PLKN 2014 Online

Tarikh Semakan Calon PLKN Siri 11/2014

  • Calon PLKN Siri 11/2014 boleh disemak pada penghujung bulan Julai 2013


Semakan Senarai Nama Terpilih Ke PLKN Siri 11/2014 - Online

  • Semakan boleh dibuat setelah tarikh rasmi diumumkan iaitu pada penghujung bulanJulai 2013.
  • Calon boleh menyemak dengan melayari tajuk pautan di bawah:


LANGKAH – KLIK KE LAMAN RASMI SISTEM SEMAKAN ONLINE PLKN

atau

Semakan boleh dibuat melalui salah satu server di bawah:

CHECK CAN BE MADE THROUGH EITHER ONE OF THE THREE SERVERS BELOW:




Semakan Senarai Nama Terpilih Ke PLKN Siri 11/2014 - SMS

  • Anda juga boleh menyemak status pemilihan dengan menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)


Taip: PLKN semak <No.KP> hantar ke 15888

atau telefon 03-40274747

Untuk semakan penempatan pelatih PLKN Siri 11/2014 kumpulan 1 anda boleh menyemak pada bulan Disember 2013.

(EDISI ARTIS) Kenapa Nora Danish hentikan bisnes bedak sejuknya...Tanaka?

Agak kecoh bebrapa hari lalu tentang bedak Tanaka ini..ada yang cakap bedak ini tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dah banyak yang dirampas oleh pihak berkuasa..apa kata Dora Danish pulak?? 
Nora Danish
Laporan ini dipetik dari Malaysian Digest

Pelakon Nora Danish terpaksa menghentikan sementara penjualan produk bedak sejuk ‘Tanaka’ kerana mahu mendapatkan kandungan yang lebih berkualiti daripada pengeluar bedak itu di Myanmar.

Jelas aktres ini, selain daripada itu dia kecewa apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya bagi menjual produk yang sama.

"Buat masa sekarang saya menghentikan penjualan bedak tersebut kerana pihak kami sedang mencari kandungan bedak yang betul-betul baik yang kita akan ambil terus dari Myanmar.

"Dulu saya ambil daripada sebuah kedai namun selepas saya promosi dan jual ramai pula yang serbu kedai tersebut dan jual bedak yang sama," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Nora yang mula menjual produk bedak sejuk yang diberi nama ‘Tate Dea by Nora Danish’ itu sejak awal tahun lalu menganggap ia sebagai bedak tradisional keturunan Myanmar.

"Saya berketurunan Myanmar dan memang bedak ini diperbuat daripada kayu ‘Tanaka’ yang menjadi bedak tradisional masyarakat Myanmar.

"Kalau boleh saya mahu memperkenalkannya di Malaysia kerana ia memang bagus untuk menjadikan kulit licin dan cantik," ujarnya. (MalaysianDigest)


P/s: Kalau sah was-was untuk menggunakan sesuatu produk..tak payah lah guna..nanti lain pulak jadinya.. sekian..

BEDAK TANAKA TIADA KELULUSAN KKM??

Bab ni aku memula pun tertanya tanya jugak kan?? Yelah.. kewujudan bedak Tanaka kat Malaysia ni sebenarnya dah lama tapi pengguna di kalangan rakyat malaysia ni masa tu tak berapa meluas. Cuma orang2 mymar yang kerja buruh2 kasar je pakai. Standard retis2 mymar tak pernah pulak pakai.. Myamar2 yang golongan ada - ada pun tak pernah nampak jugak depa tempek bedak tanaka ni.

Cuma setelah gambar Nora Danish menempek bedak tanaka tersebar maka ramailah manusia berpusu2 cuba membeli bedak tanaka ni. Rega tak payah cakap la.. macam2 rega ada. Dari rega RM15 hinggalah ke RM40 pun ada orang jual walhal bedak ni kalau kat luar boleh dapat tak sampai RM10 pun seunit.

Bab rega.. tu tak kisah la. Yang sanggup bayar mahal tu suka hati la duit depa kan?? Tapi bedak tanaka ni ada kelulusan dari KKM ker?? sebab ada terbaca dari status hamba Allah ni yang profilenya tertulis salah seorang staff di KKM yang mengatakan produk ni tiada kelulusan KKM.


Sumber dari FB pemilik status

Sang Lekit pun tak berani nak sahkan produk ni samada ada kelulusan ataupun tak tapi orang yang pernah beli & sedang menjual rasanya kena alert la bab ni. Bila keluar cerita2 macam ni pengguna akan rasa was was untuk gunakannya. Yelah.. kang ambil stok banyak tetiba orang dah taknak beli kan rugi. Jadi bila kita ada maklumat lengkap pasal produk yang kita jual lebih2 lagi status halal & selamat yang di sahkan oleh mereka2 yang berwajib kan mengurangkan risiko. Jadi pada peniaga tanaka ni jangan sentap ok.. kalau ada info, bukti atau apa2 yang boleh korang share.. bagitau kalau nak tempek kat entri blog melekit ni. den boleh je tolong sebarkan. 

HUSSAIN AHMAD NAJADI, PENGASAS ARAB MALAYSIAN BANK MATI DITEMBAK

Hussain meninggal di tempat kejadian, manakala isterinya cedera akibat terkena tembakan rambang. 

Pengasas Arab Malaysian Bank mati ditembak
Mangsa meninggal di tempat kejadian.

Pengasas Arab Malaysian Bank mati ditembak

SHAH ALAM - Pengasas Arab Malaysian Bank Berhad, Hussain Ahmad Najadi, 75, terbunuh, manakala isterinya, 49, cedera apabila ditembak di kawasan parkir di kuil Cina Ceylon Kuan Yin Temple, Kuala Lumpur, semalam.

Hussain meninggal di tempat kejadian, manakala isterinya cedera akibat terkena tembakan rambang. 

Mereka sedang duduk di situ apabila seorang lelaki menghampiri mereka dan melepaskan beberapa das tembakan. Penembak itu melarikan diri dengan teksi bersama dua lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri, manakala isterinya terkena satu das di pergelangan tangan kiri dan paha kanan.

“Kejadian itu mungkin ada kaitan dengan urusan perniagaan,” katanya. 

Katanya, mayat Hussain dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, manakala isterinya dihantar ke hospital yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Pengakuan Dua Pelajar Terlanjur Seawal Usia 13 Tahun

KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.
Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.
Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.
Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.
Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.

KES 1 – ADILAH, 13:
“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.
Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.
Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.
Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.
Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.
Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.
Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.
Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.
Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.
Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.
Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.
Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.
Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.
Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.
KES 2 – RAHMAN, 15:
“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).
Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.
Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.
Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.
Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.
Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.
Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.
Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).
Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.
Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.
Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.
Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Kenapakah isu melakukan zina semakin berleluasa dan semakin bertambah…Adakah ini satu petanda kiamat makin dekat ?

Gambar Kontroversi / Panas Sheila Marcia

Bintang sinetron “Anugerah”, Sheila Marcia mencetuskan kontroversi sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan di internet.
Ibu kepada pelakon tersebut, Maria Joseph, berkata dia tidak terkejut apabila mendapat tahu bahawa gambar panas anaknya itu tersebar di internet, malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tentang perkara tersebut.
Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang bergambar di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam.
Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka disebarkan pada April 2011.

Akibat Nak Sangat Berdating...[PANAS]


Berkali-kali nadia berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan....lapan kali! Pun masih belum puas hati. Ditatapnya dari atas keningnya sehingga ibu jari kaki, mencari-cari kot-kot masih ada yang tidak kena dengan penggayaan sakannya petang itu. Okey la ni, dah cukup cantik pe? nadia bersoal dan berjawab sendiri. Memang sebelum ini pun aku dah memang cantik, memanglah... nadia berbangga pun sendiri.

Selama ini pun nadia acapkali mendengar pujian-pujian tentang dirinya. Di pondok menunggu bas. Di dalam bas. Di pejabat. Malah ke mana saja dia pergi banyak perhatian lelaki berhidung zebra crossing tertumpu kepadanya. nadia tahu itu. nadia faham itu. nadia senang begitu! Cuma mujurlah nadia tidak mudah cair dengan segala pujian-pujian murahan begitu. Barang baik mesti berharga tinggi. Itu kena jaga. Begitu pegangan nadia. Dan kerana itulah, kalau setakat kerani cabuk atau pegawai berabuk, nadia bolayan terus.Apa klasss diorang tue?

Namun demikian setelah kehadiran amran teman sepejabat dengannya, pegangan hidup nadia mulai goyah. Second bosnya itu benar-benar membuatkan dia jadi sesuku angau. Dulu dia payah memberikan senyum kepada sebarang lelaki, tetapi kepada amran sengihnya melebar, nampak gusi. Keramahan sapaan nadia kepada amran terkadang mendatangkan kemeluatan kengkawan sepejabat yg lain. Tapi nadia tak peduli itu semua. Targetnya hanya satu, Amran!

Katalah apa orang nak kata. Perigi cari timba ke, apa ke, itu semua nadia buat selamber jerrr. Selamba dog! Pada nadia dia yakin sangat-sangat dia tidak bertepuk sebelah tangan, Amran jugak bertepuk dengan dia. Cuma tepuk amran ibarat tepuk kucing di depan ikan panggang. Sambil tepuk sambil jeling, sambil jeling sambil dekat, tunggu masa nak ngap. Itu pun sangat-sangat nadia pasti!
 
 "Malam ini u ada pree tak? Kalu boleh, I nak ajak dinner!!" begitu lama nadia ternanti-nanti pelawaan sebegitu. Pelawaan dari amran yang selama ini tak pernah lepas dari benak nadia. Bagaimana mesti nadia jawab, kalau tidak anggukkan sajer yang mengalahkan kepala belatuk betina bila berdepan dengan yang jantan. Lalu disitulah kemuncaknya.
 
Dua jam sebelum jam 8.00 malam seperti mana yang dipersetujui bersama, nadia bersiap habis. Dadanya tak berhenti-henti. dug-dag-dug- dag .menantikan saat indah yang akan dilalui bersama jejaka pujaannya itu.Amran! Amran! Berulang-ulang nama itu meniti di bibir nipis nadia. Dan apabila deru kereta amran memasuki laman rumah sewanya, nadia laju menuju ke pintu. Semuanya menepati seperti rencana asal.
Amran tersengih segak menanti, sedang nadia buru-buru mengenakan kasut tinggi mengejar waktu. Apapun yang paling ketara ketika itu, senyum nadia terlalu lebar semasa menutup pintu kereta Amran. Cuma sayang senyum nadia itu tidak kekal lama. Hanya sekitar 1 jam 18 minit kemudian, bibir yang menguntumkan senyum itu bersimpul sesimpul-simpulnya.
 
Wajah nadia cukup kelat, sewaktu menghempaskan pintu kereta terakhir menuju pintu rumah sewanya, nadia tidak menoleh ke belakang lagi. Deru kereta amran yang semakin menjauh begitu menyakitkan telinga. Berkali-kali nadia berpusing-pusing di depan cermin besar. Lima enam tujuh lapan... lapan kali! Dan semakin ditatapnya wajah dicermin semakin berdengung-dengung kata-kata berbisa amran di telinga... "U memang lawa. Body pun best. I minat gila kat u...cuma yang satu i kurang gemar...bulu idung u terkeluar. Geli i !!!!..."
Pelan-pelan nadia meraba hidungnya......menunduk malu..

Moral of the story  : Mana ada manusia yang sempurna?
...............tapi......
...JANGAN LER BIARKAN BULU HIDUNG ANDA "ber"PANJANG"an"....hehehehe

p/s : semua gambar adalah sekadar gambar hiasan.

Panas!!! Damia Izara Dipersilakan Bogel Keliling Kuala Besut, Terengganu

on Monday, 29 July 2013




Nampaknya trend membuat cabaran hebat-hebat di facebook yang bermula dengan nama Johari Pain dulu kembali.



Kali ini seorang pengguna FB dengan nama Damia Izara pula membuat janji untuk bogel keliling Kuala Besut andai Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil (PRK) di sana.

Well…semua dah tahu bahawa BN bukan sahaja menang, tetapi majoriti juga bertambah.

Jadi persoalannya apakah Damia akan berbogel sekarang? Atau seperti biasa status seperti itu cuma untuk publisiti murahan.

Sebelum itu, penulis nak mintak la…kalau Damia ni memang seorang awek yang cun..oklah… Kuala Besut akan kembali meriah dan sewa rumah serta hotel akan meningkat lebih mahal lagi berbanding masa PRK menjelang hari Damia mahu berarak bogel.

Namun, kalau Damia ini akaun palsu milik Ah Beng cybertrooper… takpelah… janji Ah Beng tidak perlu ditunaikan! Mahu ramai yang terbatal puasa pasal muntah hijau nanti.

** Dengar kata ada sorang nama Zul Nas pun buat cabaran yang sama….takpelah…kalau yang dah sah jantan…tak perlu ulas lanjut. - SUMBER

MUTAKHIR Anak Ketua Pengarang Berita TV3 maut nahas dekat Temerloh

on Friday, 26 July 2013

SDua remaja maut motosikal rempuh kereta di Kemaman
Temerloh: Anak kepada Ketua Pengarang Berita TV3, Mohd Khaidir Ahmad terkorban dalam kemalangan di Batu 4, Jalan Mentakab-Karak, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Jurucakap polis berkata, mangsa, Muhammad Luqman Mohd Khaidir, 27, meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan serius selepas kereta dinaikinya bersama dua rakan bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.
“Siasatan awal polis mendapati kenderaan dinaiki mangsa dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain.
“Identiti pemandu dan seorang lagi penumpang bersama mangsa masih belum diperoleh… kedua-duanya mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut,” katanya.
Difahamkan, jenazah Muhammad Luqman dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebak Muslim, Temerloh selepas subuh.

Ponteng Sekolah Untuk Berzina Dengan Kekasih Di Rumah Sendiri

Ponteng Sekolah Untuk Berzina Dengan Kekasih Di Rumah Sendiri
Ponteng Sekolah Untuk Berzina Dengan Kekasih Di Rumah Sendiri - Georgetown : Ketika umat Islam bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat, seorang remaja lelaki 16 tahun bersama pasangannya yang berusia 17 tahun, asyik memadu asmara di bilik tidur rumah gadis berkenaan di Kepala Batas dekat sini, Jumaat lalu.
Remaja perempuan itu mengambil kesempatan ketiadaan bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah.Difahamkan, gadis berkenaan kerap membawa teman lelakinya itu ke rumah, namun kejadian Jumaat lalu, mereka dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 12:15 tengah hari.
Ketika dicekup, kedua-duanya yang ponteng sekolah, mengaku baru selesai melakukan hubungan seks dan pemeriksaan mendapati remaja lelaki itu hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, hasil maklumat awam pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaa dan menemui seluar sekolah lelaki itu dalam bakul di bilik gadis berkenaan.
“Melalui siasatan, remaja perempuan itu mengaku mengambil teman lelakinya di Teluk Air Tawar dan membawa ke rumah ketika ketiadaan bapanya.
“Dia turuk mengaku sudah dua tahun menjalin hubungan dengan lelaki itu dan kerap melakukan hubungan seks,” katanya.
Khairul Azman berkata, mereka ditahan kerana tidak mempunyai hubungan mahram yang sah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 yang sabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya. –

CUBA JADI HERO ISU ALVIN DAN VIVIAN – SAZZY FALAK ‘DIBELASAH’ PEMINAT

sazy 1 (water mark)

Cubaan Sazzy Falak untuk menjadi hero dan macam nampak bijak serta moden dalam isu pasangan porno Alvin dan Vivian di Facebook mengundang padah apabila dia d
‘disekolahkan’ para pengguna FB yang lain.
Sazzy telah berkongsi sebuah rencana yang ditulis seorang blogger di wall miliknya.
Ramai yang menegur sikap Sazzy yang gagal memahami konteks perilaku berkenaan yang terjadi di negara yang mempunyai pelbagai kaum dan masyarakat.
Contoh yang diberikan penulis blog yang sama tidak berapa bijak itu tidak boleh dijadikan sandaran di Malaysia.
Mungkin Sazzy mahu semua orang tidak memberikan reaksi yang keterlaluan terhadap bahan jenaka, namun dia gagal faham bahawa jenaka yang bodoh  jika dibiarkan akan menjadi-jadi di hari yang mendatang.
sazy 2 (water mark ii)
Kita kena mencegah…atau merawat kanser di peringkat awal…bukannya di peringkat akhir.
Hari ini kalau kita biarkan Alvin dan Vivian, esok lusa yang lagi teruk pada itu akan muncul… yang Islam akan balas, yang bukan Islam pun membalas… apa akan jadi akhirnya?
Sensitiviti agama dan budaya sangat tinggi dalam masyarakat Malaysia… ada faham ke Sazzy? Atau tinggi sangat kenyataan mudah itu?
Jadi kepada Sazzy, fahamilah isu dalam konteks yang menyeluruh sebelum cuba nak tunjuk bijak.

2 pengemis warga asing raih pendapatan RM9,000 sebulan

ANGGOTA penguat kuasa imigresen menangkap seorang pengemis warga Pakistan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST, Seremban kelmarin.
SEREMBAN – Dengan hanya bermodal wajah sedih sambil menghulurkan tisu di persimpangan lampu isyarat, dua pengemis warga Pakistan mampu meraih pendapatan mencecah RM9,000 sebulan.


Kegiatan kedua-dua wanita berusia 50-an itu dikatakan sudah berlarutan beberapa bulan lalu dengan menjadikan persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST di sini sebagai lubuk rezeki.
Bagaimanapun, kehadiran mereka yang gemar mengetuk pintu cermin kenderaan bagi mendapat simpati berakhir dengan kedua-duanya ditangkap pada pukul 12 tengah hari di persimpangan lampu isyarat itu kelmarin.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pemeriksaan terhadap kedua-dua wanita itu mendapati mereka sudahpun memiliki tiket penerbangan untuk balik ke negara asal dipercayai hasil kegiatan meminta sedekah sambil menjual tisu.

Tak tahu isteri, anak mati

MOTOSIKAL ditunggang tiga beranak bertembung dengan sebuah pacuan empat roda, kelmarin.
Serdang: Seorang lelaki kini koma manakala isteri dan anak tunggalnya terbunuh selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda di Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan, di sini, malam kelmarin.


Ketika kejadian jam 11.30 malam itu, Muhammad Zulfikri Rusli, 22, bersama isterinya, Siti Norbaiti Hassan, 21, dan anak tunggal mereka, Muhammad Zulhairie Hafiz, berusia dua tahun dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak berhampiran lokasi kejadian.


Bagaimanapun, sebaik tiba di simpang masuk ke Perumahan LP 5, motosikal ditunggangi mangsa bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda terbabit menyebabkan Siti Norbaiti mati di tempat kejadian dipercayai akibat digilis.

Muhammad Zulhairie pula sempat dikejarkan ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

Bapa saudara Muhammad Zulfikri, Rohaizi Hamid, 45, berkata, kejadian berlaku ketika anak saudaranya itu baru menjemput isteri dan anaknya di taska selepas habis kerja syif petang di sebuah kedai serbaneka.
sumber : mymetro

Gambar romantik Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim (5 Photo)


Gambar romantik Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim - Gosip keretakan rumah tangga Ashraf Muslim menjadi perbualan hangat ketika ini akibat kegagalan isterinya mengandung walaupun sudah berkahwin selama 2 tahun. Ashraf Muslim dikatakan ingin berkahwin dengan seorang gadis yang telah dikenalinya sebelum berkahwin dengan isteri sekarang. Walaupun, nama gadis yang bakal dikahwini Ashraf Muslim dikenali dengan nama Wan Sakinah, namun orang ramai lebih percaya jika gadis itu ialah Sherry Ibrahim.



Siapa tak kenal Sherry Ibrahim yang merupakan bekas kekasih kepada Ashraf Muslim suatu ketika dahulu namun hubungan mereka putus di tengah jalan kerana tidak sehaluan. Rugi rasanya Ashraf Muslim tak kahwin dengan Sherry Ibrahim yang memang cantik dan menawan. Mereka berdua kelihatan padan macam pinang dibelah dua. Jom layan beberapa keping gambar romantik Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di bawah yang akan membuat korang tidak senang duduk.




DAYANA & WAN SAKINAH SUDAH BOLEH KELUAR BERSAMA

Kalau betul Alhamdulillah la kan.. Nak bermasam muka pun dah termadu & bermadu. Jadi apa jalan yang ada selain berbaik. Tapi statement tu bukan dari dayana mahupun wan sakinah tapi dari suami mereka Ashraf Muslim.


Ashraf menegaskan bahawa Dayana tidak pernah minta untuk dilepaskan malah dia juga sayangkan kedua isteri dan keluarga mereka.
 
Ketika ditanya tentang hubungan isteri-isterinya Ashraf menjawab, "Alhamdulillah hubungan Dayana dan Sakinah ok." (ketika sidang media berlangsung Ashraf menerangkan Dayana dan Sakinah sedang keluar bersama-sama). 
Dah boleh keluar bersama tu nampaknya dayana cuba terima la madu dia antara dia & suaminya. Memang susah tapi sebagai wanita yang baik macam dayana tu nampak dia ada usaha untuk menjernihkan keadaan & menerima wan sakinah.
 
Sebagai seorang perempuan & isteri.. Kita mesti dapat rasa perasaan dayana. Perasaan sakinah tak sesakit dayana jadi kita lebih tertumpu pada perasaan dayana la kan?? Mungkin bibir mampu ucap kata maaf tapi dalam hati bukan mudah nak terima apapun percubaan untuk terima apa yang terjadi adalah bermula dari ucapan maaf dari bibir. Kalau kita ucap selalu mungkin jadi satu doa yang termakbul & akhirnya kemaafan tu menjadi ikhlas.

Semoga mereka menjadi satu keluarga yang bahagia. Siapapun salah & siapapun yang betul.. Bukan jadi persoalan. Bila perkara tu dah berlaku nak tak nak terpaksa juga cari jalan yang terbaik agar apa yang dah berlaku tu di layari dengan kebaikan.

Gambar Lisa Surihani tampil gorgeous dengan seluar jean ketat


Lisa Surihani tampil gorgeous dengan seluar jean ketat - Sejak berkahwin dengan pengarah terkenal, Yusry pada Februari lepas, badan Lisa Surihani dilihat semakin berisi dan gempal, manakala pipinya semakin tembam.

Baru-baru ini, pelakon filem Istanbul Aku Datang itu telah berkongsi beberapa keping gambar terkini beliau ketika ditemui di majlis pelancaran filem sekuel Cicak Man 3 dan Majlis Berbuka Puasa KRU Studio.

Walaupun hanya berpakaian seluar jean ketat dipadankan baju T-shirt berwarna putih dan baju pink, penampilan Lisa Surihani tetap menarik perhatian peminat. Sudah tentunya ramai jejak di luar sana yang masih kecewa kerana Lisa kini sah menjadi milik Yusry.

Apapun, jom layan 6 keping gambar terkini Lisa Surihani yang dikongsikannya menerusi laman Instagram. Semoga para peminat yang terluka dapat terhibur dengan penampilan terkini aktress cantik ini.






 
© mediarakyat All Rights Reserved